Udang Galah Goreng Butter (Butter Prawn)

Butter PrawnCik suami beli udang galah di pasar malam, katannya RM23 setengah kilo. Adalah dalam 10 ekor. Dia dah masak bersama maggi, yang lebih berkesempatan nak buat butter prawn.

BAHAN-BAHAN

Udang Perap

– 6 ekor udang dibersihkan
– Sedikit lada sulah
– 3 sudu sos tiram

Egg Yolk Floss ( Kuning telur digorang butter)

– 150g butter
– 4 biji kuning telur
– 2 sudu susu cair (saya guna susu segar)
– *dipukul ringan dalam mangkuk

Bahan Tumis

– 4 ulas bawang merah-ditumbuk
– 3 ulas bawang putih-ditumbuk
– 1 inci halia –ditumbuk
– 2 cili padi (kalua mahu kurang pedas, gunakan cili merah besar yang biasa)
– 4 tangkai daun kari
– 2 sudu serbuk kari (optional-tetapi lebih sdap jika ditambah)

CARA-CARA

1. Gaul udang dengan sedikit lada sulah dan sos tiram, kemudian ketepikan dulu seketika.
2. Ambil 4 biji telur dan ambil kuning sahaja. Kemudian campur 2 sudu susu cair dan kemudian pukul ringan kedua duanya. Ketepikan dulu.
3. Panaskan 9 sudu butter dalam kuali dan bila sudah cair butter, gunakan senduk bulat untuk membuat pusaran kepada butter, dan mestilah dalam satu arah sahaja. Jaga api jangan terlalu besar, jangan terlalu kecil.
4. Sambil sebelah tangan membuat pusaran pada butter, tangan lagi satu tuang campuran kuning telur dan susu cair tadi . Angkat tinggi-tinggi campuran ini ketika menuang supaya jatuh dalam butter dengan halus dan pastikan tidak putus-putus. Teruskan buat pusaran sehingga kelihatan buih memenuhi kuali tersebut. Bila sudah siap, tutup api.
5. Toskan kuning telur yang telah digoreng butter itu menggunakan tapisan besi. Ketepikan dulu.
6. Tumbuk seinci halia, 4 ulas bawang merah, 3 ulas bawang putih sehingga lumat.
7. Panaskan kuali dan masukkan sedikit butter dalam kuali. Setelah butter panas, masukkan daun kari, bahan yang telah ditumbuk lumat tadi, hirisan cili merah dan sedikit serbuk kari dan tumis sehingga berbau wangi.
8. Masukkan udang yang diperap tadi dalam kuali dan masukkan sedikit susu cair dan goreng sehingga masak.
9. Masukkan ¼ kuning telur yang telah ditoskan tadi dalam kuali dan angkat bila masak, taburlah baki kuning telur di atas udang.

Tadaaaa… siaplah butter prawn….suami kata boleh buat lagi. Kalau dia diam, kena praktis lagi..hihi. Thanks

Try rasa & Tambah Ramuan!!