Roti Lapis Daging Berkeju

Roti LapisResepi roti lapis daging berkeju. Tak nak makan nasi pada kali ini. Jom acu cuba try test roti lapis daging berkeju sedap ini.

BAHAN-BAHAN

– 12 keping roti
– 3 biji telur
– 200ml susu fresh
– 8 keping slice cheese
– cheddar diparut
– salad atau sayur kegemaran

Bahan Inti
– 300gram daging cincang @ 4 keping daging burger yang dihancurkan
– 2 ulas bawang putih
– 1 biji bawang besar
– 1/2 paket perencah daging black paper maggi
– Minyak masak
– Garam dan gula secukup rasa
– Sedikit air

 

CARA-CARA

Untuk Inti
1.Panaskan minyak, tumis bawang putih dan masukkan bawang besar serta daging. Goreng sehingga daging empuk.
2.Masukkan perencah black paper bersama sedikit air. Masak sehingga daging masak dan agak kering. Ketepikan…

Untuk Roti lapis
1. Sapukan keseluruhan bekas tahan panas dengan butter atau mentega.
2. Gaul telur dengan susu sehingga sebati, kemudian celup roti kedalam bancuhan susu dan susun ke dalam bekas (langkah 1) hingga penuh.
3. Letakkan separuh inti roti tadi ke atas roti dan ratakan. Susun kepingan cheese di atas inti daging.
4. lapiskan dengan lapisan roti yang dicelup seperti langkah 2.
5. Tabur chesdar parut ke atas lapisan atas sekali.
6. Jika ada lebihan telur siram ke atas roti .
7. Bakar dalam oven pada suhu 180c lebih kurang 40 minit sehingga sehingga masak dan siap!!

Selamat mencuba!!

Try rasa & Tambah Ramuan!!