Susu Kurma Fresh

Resepi Susu KurmaResepi susu kurma. Lama tak ada resepi minuman. Yang ni resepi mudah. Kurma makanan sunnah bersama susu segar. Minuman yang menyihatkan lebih-lebih lagi untuk mereka yang suka berdiet, minuman diet kerana mudah terasa kenyang. Sesuai juga untuk sahur pada bulan Ramadhan nanti.

BAHAN-BAHAN

– 500 ml susu segar (untuk 2 gelas), susu Dutch Lady pun ok
– 7 biji kurma

CARA-CARA

1. Cara pertama, kisar kurma (buang biji) bersama susu. Siap!!
2. Cara kedua yang lebih sedap. Terlebih dahulu buang biji kurma dan rendam bersama secawan air masak semalaman. Selepas itu campuran air dan kurma tadi dikisar bersama susu. Siap… campur dengan ais, lagi umphhh..

Selamat mencuba!!

Try rasa & Tambah Ramuan!!