Sup Tulang

Resepi Sup TulangResepi sup tulang. Kali ini kita cuba resepi sup tulang. Perghh…kena cara memang sedap. Lagi sedap kalau tulang lembu kampung, RM25 per kg la ni. Tulang import, manisnya dah hilang, lama jadi ais. Jom cuba…

BAHAN-BAHAN

– 1 kg tulang
– 1 pakej rempah sup tulang
– 3 inci halia – 1 inci ketuk, 2 inci kisar
– 2 labu bawang besar – belah 4
– 8 ulas bawang putih
– 5 biji kentang – belah
– 2 biji tomato
– Ajinamoto secukup rasa – pilihan nak letak atau tak
– Garam secukup rasa
– Air
– Daun sup, daun bawang, cili padi – dipotong halus
– Potongan lemon @ perahan limau nipis
– Bawang goreng

CARA-CARA

1. Rebus tulang bersama air – agak banyak bagi empukkan daging. Rebus sehingga daging agak empuk.
2. Sementara itu, 2 inci halia dikisar bersama bawang putih.
3. Apabila daging agak empuk, masukkan rempah sup, halia  & bawang putih kisar, bawang besar, ubi kentang. Tomato masukkan lewat sedikit.
4. Seterusnya apabila bahan-bahan dah masak terutamanya kentang, boleh masukkan perasa – ajinamoto dan garam.
5. Kacau dan siap!!

Siap untuk dihidangkan. Bolehlah hias dengan daun sup, daun bawang, bawang goreng, cili padi dan perahan limau. Selamat mencuba dan menjamu selera!!

Try rasa & Tambah Ramuan!!