Siakap Tiga Rasa Ala Thai

Resepi Siakap Tiga RasaResepi siakap tiga rasa. Siakap tiga rasa memang sedap. Tak larat selalu nak rasa yang di kedai saja. Apa kita kita cuba buat sendiri. Bolehlah buat selalu!!

BAHAN-BAHAN

– 1 ekor ikan siakap – saiz sederhana
– Sedikit tepung jagung
– Garam kunyit secukupnya
– Minyak

Bahan-bahan Sos Tiga Rasa

– 1 biji bawang besar saiz sederhana
– 4 ulas bawang putih
– 5 tangkai cili padi
– 1/2 inci halia
– 1 batang serai
– 1 sudu cili giling
– 2 sudu sos cili
– 2 sudu sos tiram
– 1 sudu kicap pekat
– 1 keping asam keping
– Sedikit potongan karot & tomato
– Garam dan gula secukup rasa

CARA-CARA

1. Selepas ikan dibersihkan, dilumur garam kunyit, tepung jagung secukupnya. Goreng ikan sehingga garing. Garing lebih sedap. Ketepikan.
2. Tumbuk bawang besar, bawang putih, cili, halia dan tumis dengan sedikit minyak sehingga naik bau.
3. Selepas itu masukkan cili giling, sos cili, sos tiram, kicap, asam keping dan serai serta hirisan karot dan tomati. Kacau rata.
4. Kemudian masukan air mengikut kepekatan yang dikehendaki. Perasakan dengan garam dan gula. Biar sehingga masak.
5. Dah siap, bolehlah tuang ke atas ikan tadi.

Dah ada daun, daun sup dan salad, bolehlah hias. Perah sedikit air limau kasturi, lemon ke, pasti lebih menyengat Selamat mencuba!!

Try rasa & Tambah Ramuan!!