Shell Out Simple dan Mudah

Resepi Shell OutNak mengubah selera dengan “shell out” di rumah. Kali ini kita mencuba resepi shell out yang agak mudah. Jom kita tengok antara bahan dan cara penyediaan…

BAHAN-BAHAN

Bahan Pes:

– Cili kering – direbus
– Bawang besar
– Bawang merah
– Bawang putih
– Halia
– 2-3 keping asam keping

 

CARA-CARA

Cara Membuat Pes:

1. Kisar semua bahan kecuali asam keping
2. Tumis dengan sedikit minyak dan dua tiga asam keping

Cara Masak Ketam:

1. Panaskan minyak, senduk pes secukupnya.
2. Tambah sos cili, sos tomato, sos tiram, sos ikan (jika menggunakan sos ikan, tak perlu gunakan garam)
3. Masukkan kiub ikan bilis, sedikit gula, serbuk cili dan sedikit air
4. Masuk ketam lalu tutup kuali supaya ketam masak
5. Kacau beberapa biji telur dan curah atas ketam dalam kuali
6. Biarkan sehingga ketam betul-betul sudah masak

Cara Masak Udang:

1. Udang dibasuh bersih, ketuk beberapa ulas bawang putih
2. Masukkan sedikit pes dan tambah sos cili ke dalam kuali
3. Masak sehingga ia menjadi kering sedikit
4. Msauk udang, kacau dan tutup kuali seketika

Cara Masak Sotong:

1. Sotong dipotong dan diperap dengan garam serta kunyit
2. Ambil sedikit pes dan campurkan dengan kuib ikan bilis dan sedikit gula. Lumur pada sotong
3. Masak menggunakan kuali non stick tau!
4. Terbalik sotong sehingga ia kering dan masak (jangan ditutup kerana sotong berair dan lembik)

Untuk kupang dan lala, cara penyediaannya sama seperti sambal tumis.

Cara Penyediaan Sayur dan Dressing:

1. Brokoli, kobis bunga, putik jagung, lobak merah dicelur dalam air garam sebelum ditoskan.
2. Mayonis dicampur dengan sos cili untuk rasa seperti sos Thousand Island

Siap dah memasaknya. Hidangkan di atas kertas parchment dan nikmati ramai-ramai lagi best. Kalau tambah nasi pun ok. Resepi shell out di atas dicuba dari Vanillakismis sebagai penyedia resepinya. Thanks!

Try rasa & Tambah Ramuan!!