Puteri Ayu Lembut Gebu

Resepi Puteri AyuKuih Puteri Ayu, kuih tradisional yang semakin sukar kita jumpa. Gebu dan lembut sangat sesuai dinikmati seisi keluarga. Berikut resepi puteri ayu untuk dicuba…

BAHAN A

– 2 biji telur
– 1 cawan gula pasir
– 1 sudu besar ovelette
– 2 cawan tepung gandum
– 1 cawan santan
– 1 sudu kecil perisa pandan
– Sedikit pewarna hijau

BAHAN B (Digaul bersama)

– 1 cawan kelapa parut
– 1/2 sudu kecil garam
– 1/2 sudu besar tepung ubi

CARA-CARA

1. Pukul telur hingga kembang menggunakan mixer atau whisk.
2. Masukkan gula dan putar lagi. Kemudian masukkan ovalette dan putar hingga kembang.
3. Masukkan tepung dan santan perlahan-lahan. Gaul sebati menggunakan senduk.
4. Masukkan perisa pandan dan pewarna hijau. Gaul sebati.
5. Masukkan sedikit kelapa ke dalam acuan dan tekan biar padat.
6. Tuangkan 1 1/2 sudu besar adunan atau sehingga acuan penuh.
7. Kukus selama 15 minit. Siap dihidangkan.

Selamat menjamu selera. Terima kasih Puan Watie kerana berkongsi resepi puteri ayu ini.

Try rasa & Tambah Ramuan!!