Pavlova La Vida Sedap Menyelerakan

Resepi PavlovaResepi Pavlova La Vida. Cantik dipandang, sedap dimakan. Sesuai dijadikan sebagai hidangan pencuci mulut. Jom cuba pavlova…

BAHAN-BAHAN A

– 4 biji telur ayam (putih telur sahaja)
– 1/2 cawan gula kastor
– 1 sudu besar tepung jagung
– 1/2 sudu kecil cuka makan
– 1/2 sudu kecil esen vanila

BAHAN-BAHAN B

– 1 cawan non-dairy whipping cream
– Buah-buahan segar seperti buah kiwi, anggur, strawberi, anggur atau markisa

CARA-CARA (Bahan A)

1. Putar telur sehingga gebu menggunakan hand mixer dengan kelajuan paling maksimum. Cuba telangkupkan bekas adunan, sekiranya adunan tersebut tidak jatuh, bermakna adunan telah cukup gebu.
2. Kemudian, masukkan gula sedikit demi sedikit sambil terus putar adunan tersebut sehingga menjadi kental. Adunan akan kelihatan pekat dan berkilat sedikit.
3. Setelah adunan kental, masukkan tepung jagung, cuka dan esen vanila menggunakan spatula sahaja dan kaut adunan dengan lembut dan sebati. Adunan ini telah siap dan disebut sebagai meringue.
4. Sediakan baking paper, letakkan meringue di atasnya menggunakan spatula. Buat bentuk bulat dan pastikan di tepi meringue agak tinggi sedikit berbanding bahagian tengah.
5. Panaskan oven selama 15 minit dengan suhu 140 darjah celcius. Selepas itu turunkan suhu kepada 130 darjah celcius dan barulah masukkan meringue ke dalam oven. Bakar meringue selama 60 – 75 minit tetapi bergantung kepada oven anda.
6. Meringue yang telah siap dibakar akan berwarna keperang – perangan.
7. Jangan keluarkan meringue dari oven sebaik sahaja siap dibakar. Renggangkan sedikit pintu oven dan biarkan ia sejuk sendiri di dalam oven.

CARA-CARA (Bahan B)

1. Putar whipping cream sehingga gebu.
2. Setelah krim siap, sapukan diatas meringue yang telah sejuk dan hiaskan dengan buah-buahan pilihan anda. Siap untuk dihidangkan.

Selamat mencuba. Resepi pavlova kiriman Puan Watie, Terima kasih!!

Try rasa & Tambah Ramuan!!