Nasi Ayam Hainan Sedap…

Resepi Nasi Ayam HainanTengahari ni nak belanja resepi nasi ayam.. tapi kali ni bukan resepi nasi ayam biasa biasa tauu.. Kali ni Resepi nasi ayam Hainan…

BAHAN-BAHAN (Ayam)

– 1 ekor ayam
– Halia muda
– Daun bawang
– Sebiji bawang besar di belah 4
– 1 sudu minyak bijan

CARA-CARA

1. Ayam tak perlu potong.. Bersihkan ayam dan lumurkan garam pada ayam.
2. Masukkan halia, daun bawang dan bawang besar dlm ayam.. Rebus dlm periuk yg mana ayam kene tenggelam dlm air. Masak sampai ayam tu betul betul masak lebih kurang 30 min.
3. Selepas ayam masak.. Keluar dan rendam ayam dlm air ais.

Untuk Nasi :

1. guna beras basmathi. Kalau guna kan beras biasa pun boleh. Rendam beras lebih kurang 25 minit lps tu toskan.
2. Tumiskan halia, bawang putih. Masukkan air rebus ayam td. Dah didih baru masuk beras. Letak myk bijan sesudu dan juga daun pandan.

Untuk Sos Cili :

– 1 sudu Air perahan limau nipis
– 2 sudu air rebusan ayam
– 2 sudu kecil gula
– 2 sudu besar sos cili
– cili padi sikit
– 4 ulas bawang putih
– Garam

*Kisar semua..kemudian masakkan atas api..

Untuk Sos Ayam :

– 1 sudu besar myk bijan
– 5 sudu besar sos soya light
– 1 1/2 sudu besar gula
– Sedikit sos tiram
– 3 sudu besar air rebusan ayam.

*Campur semua.. Boleh lumur pd ayam sebelum di hidang.

Siapp, Selamat mencuba!! Kredit: Syurwati Mustapha

Try rasa & Tambah Ramuan!!