Lempah Terung Asam

Resepi LempahResepi lempah terung asam. Hidangan kegemaran “rakyat jelata”, lebih berselera kalau dimakan bersama nasi panas. Rasa sekali pasti nak lagi!

BAHAN-BAHAN

– 2 ekor ikan kembung / 2 potong ikan tongkol
– 2 batang serai – dititik
– 2 biji terung asam – dipotong wedges
– 1 inci kunyit hidup / 1 sudu kecil serbuk kunyit
– 2 ulas bawang putih – dikisar halus
– 5 ulas bawang merah kecil – dikisar halus
– 5 tangkai – direbus dan dikisar
– Sedikit belacan – ditumbuk
– Garam dan serbuk perasa
– 1 liter air

CARA-CARA

1. Masukkan terung asam, serai, bawang merah, bawang putih, cili kering, belavan, kunyit dan air ke dalam periuk. Masak sehingga mendidih.
2. Setelah mendidih, masukkan ikan dan dimasak lagi selama 3 minit. Masukkan garam dan serbuk perasa, biarkan seketika. Seimbangkan rasa garam dan serbuk perasa.
3. Siap untuk dihidangkan.

Selamat mencuba! Resepi kiriman Puan Watie, Terima kasih

Resepi Berkaitan

Try rasa & Tambah Ramuan!!