Lala Masak Pedas

Resepi LalaKali ini eRESiPI nak berkongsi resepi lala masak pedas. Dah ke pasar, terasa nak masak lala, bawa pulang sekilo lala RM4. Berikut resepinya…

– 1 kg lala
– 5 ulas bawang merah – dikisar
– 3 ulas bawang putih – dikisar
– 1 labu bawang besar – dimayang
– 3 batang serai – diketuk
– 3 helai daun limau purut – dicarik
– 10 tangkai cili kering – dikisar
– 3 sudu besar cili boh
– 3 sudu besar sos tiram
– gula @ gula perang secukup rasa
– garam secukup rasa
– daun ketumbar – jika ada

CARA-CARA

1. Tumis bawang merah, bawang putih serta cili kering hingga pecah minyak.
2. Kemudian masukkan cili boh, serai, daun limau purut, bawang besar dan lala. Gaul rata.
3. Seterusnya perasakan dengan sos tiram, garam dan gula.
4. Masak lala sehingga air agak kering dan lala kelihatan terbuka.
5. Siap, sedia untuk dihidangkan.

Try rasa & Tambah Ramuan!!