Ketam Sweet Sour

Resepi KetamResepi ketam, sesekali bertukar ke menu makanan laut. Ketam masam manis boleh menjadi hidangan makanan tengahari anda. Mai cuba resepi Mr Crab Sweet Sour!!

BAHAN-BAHAN

– 5 ekor ketam (dicuci dan dipotong dua)
– 1 ulas bawang besar (ditumbuk halus)
– 3 ulas bawang putih (ditumbuk halus)
– 5 sudu besar cili giling
– 1/2 cawan air asam jawa
– 1 biji telur (dipukul)
– 1 batang serai (dititik)
– Sedikit garam dan gula untuk perasa

CARA-CARA

1. Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bawang besar sehingga layu, kemudian masukkan bawang putih dan tumis hingga naik bau.
2. Perlahankan api. Masukkan cili giling dan masak sehingga pecah minyak. Masukkan serai, air asam jawa dan ketam. Tutup kuali dengan penutup kuali supaya ketam cepat masak.
3. Setelah mendidih, masukkan garam dan gula. Gaul rata. Setelah rasanya yang seimbang, kemudian masukkan pula telur dan gaul rata. Siap untuk dihidangkan.

Selamat mencuba!! Resepi ketam sweet sour kiriman Puan Watie, Thanks! Nak try resepi shell out, klik je!!

Try rasa & Tambah Ramuan!!