Gulai Ikan Tongkol Nasi Berlauk

Resepi Gulai Ikan TongkolResepi gulai ikan tongkol. Kalau bagi mereka yang biasa sarapan pagi di Kelantan, nasi berlauk lebih popular berbanding masakan lain. Nasi putih yang lauknya adalah gulai ayam atau gulai ikan aya @ tongkol. Berikut resepi gulai aya…

BAHAN-BAHAN

– 1/2 ikan tongkol sederhana besar – dipotong
– 1/2 biji kelapa (santan) @ sekotak santan
– 1/2 cawan air asam jawa
– 3 keping asam keping
– 3 tangkai cili kering
– 3 inci lengkuas
– 2 inci kunyit hidup
– 6 biji bawang merah
– 1/2 keping nisan @ gula melaka – saiz kecil
– Cili padi – ikut pedas yang dikehendaki
– Garam secukup rasa

CARA-CARA

1. Ikan tongkol direbus terlebih dahulu bersama air, garam serta air asam jawa. Biar mendidih agak lama sedikit, selepas itu ketepikan. Biar semalaman pun boleh kerana nak sebatikannya.
2. Semasa nak memasak, masak santan dalam periuk, kemudian masukkan potongan ikan.
3. Kemudian masukkan pula lengkuas, kunyit hidup, cili kering, cili dan bawang merah yang telah diblend atau ditumbuk ke dalam periuk. Masukkan sedikit air rebusan ikan.
4. Seterusnya masukkan asam keping, gula melaka dan garam secukup rasa. Biarkan mendidih sehingga masak. Siap!!

Kalau ada kacang panjang, timun ke atau cili besar, boleh masukkan sama. Selamat mencuba!!

Try rasa & Tambah Ramuan!!