Daging Goreng Kunyit

Daging Goreng KunyitResepi daging goreng kunyit yang menjadi hidangan tengahari ini. Mudah dan simple untuk menyediakannya. Jom goreng daging…

BAHAN-BAHAN

– 300 gram daging – dipotong
– 7 biji bawang merah – dihiris
– 5 ulas bawang putih – dihiris
– 1 biji bawang besar – dihiris
– 2 biji cili besar – dihiris
– Serbuk kunyit
– Minyak masak
– Garam secukup rasa

CARA-CARA

1. Setelah daging dipotong dan dibersihkan, gaulkan bersama kunyit dan garam secukup rasa.
2. Panaskan kuali, masukkan 1 sudu minyak masak (elak daripada melekat). Masukkan daging tadi. Masak dan godek-godek sehingga kering airnya.
3. Seterusnya setelah air kering seketika, daging tolak ke tepi. Masukkan minyak sekadar cukup untuk menumis.
4. Masukkan bawang merah dan bawang putih terlebih dahulu. Tumis seketika dan kemudia digaul bersama daging.
5. Biarkan seketika, kemudian masukkan bawang besar dan cili besar. Gaul lagi dan biarkan sehingga masak.
6. Siap untuk dihidangkan.

Jom makan. Tip untuk memotong daging – potong daging berlawan dengan urat daging agar mudah dikunyah.

Resepi Berkaitan

Try rasa & Tambah Ramuan!!