Cucur Bawang Kucai Rangup

Resepi Cucur BawangResepi cucur bawang kucai ringkas dan rangup. Dulu-dulu selalulah dapat makan cucur, kini anak-anak dah tak berapa minat. Nugget, kentang yang mereka nak. Sesekali nak buat juga!!

BAHAN-BAHAN

– 2 cawan tepung gandum
– 1 sudu besar tepung beras
– 1 biji telur – dipukul
– 1/2 sudu kecil baking powder
– 1 biji bawang besar – dihiris
– 1 biji cili merah – dihiris
– 1 pokok daun kucai – dihiris
– Sedikit air
– Garam secukup rasa
– Minyak

CARA-CARA

1. Masukkan bawang, daun kucai, cili merah ke dalam satu bekas. Gaulkan bersama garam dan baking powder. Kemudian masukkan telur, tepung gandum dan tepung beras. Gaul rata.
2. Seterusnya tuang air dan gaul lagi. Kurang air tambah lagi.
3. Panaskan minyak (biar cucur boleh tenggelam), kemudian masukkan tepung dengan sudu sebagai sukatan, tuangkan ditepi kuali hampir dengan minyak. Ulang lagi sehinga sukatan kuali penuh.
4. Goreng sehingga kuning keemasan pada setiap bahagian. Kemundian angkat dan toskan. Siap untuk dinikmati bersama sos pilihan.

Selamat mencuba. Kalau ada bilis, masukkan segenggam bilis, tentu lagi sedap!! Resepi cucur kentang pun ada.

Resepi Berkaitan

Try rasa & Tambah Ramuan!!