Cheesekut Yummy-yummy

Resepi CheesekutResepi cheesekut. Nak try juga macam mana rasa cheeskut ni, nampak macam sedap je. Dah buat, memang sedap. Boleh cuba resepi di bawah.

BAHAN-BAHAN

– 250 gram cream cheese
– 1/4 tin susu pekat manis
– 20 keping biskut delixe cracker – ori flavour
– Susu segar -Dutch Lady pun boleh untuk celup biskut

Resepi CheesekutCARA-CARA

1.  Pukul cream cheese guna mixer hingga hancur.
2. Masukkan susu pekat manis – nak lebih manis boleh tambah.
3. Kemudian pukul lagi sehingga sebati, ketepikan.
4. Seterusnya celupkan biskut ke dalam susu segar, tak perlu lebik sangat dan susun dalam bekas @ loyang. Biskut tak perlu patahkan.
5. Seterusnya sapukan adunan cream cheese tadi ke atas biskut yang telah disusun dan taburkan nestum.
6. Ulang langkah 4 sehingga ikut ketebalan yang dikehendaki.
7. Apabila siap susun, bahagian topping boleh lebihkan cream cheese dan nestum, lagi yummy-yummy.
8. Bahagian akhirnya, sejukkan dalam peti ais 1 jam, 2 jam. Saya biarkan semalaman. Siap untuk dinikmati.

Nak tambah perasa milo ke, oreo hancur ke, iut citarasa masing-masing. Selamat Mencuba!!

Try rasa & Tambah Ramuan!!