Begedil Ozil Mudah & Sedap!!

Resepi BegedilResepi Begedil Ozil. Boleh dimakan bersama soto, nasi panas atau boleh dinikmati begitu sahaja. Enak sehingga menjilat jari!

BAHAN-BAHAN

– 1/2 kg ubi kentang
– 200 gram daging @ ayam kisar -digoreng tanpa minyak
– 2 sudu teh lada hitam -ditumbuk halus
– 10 ulas bawang merah kecil -dijadikan bawang goreng
– 2 tangkai daun sup-dihiris halus
– 2 biji telur ayam -dipukul rata
– Garam secukup rasa

CARA-CARA

1. Kentang dipotong nipis dan digoreng sehingga lembut. Toskan dan lenyek @ tumbuk lumat.
2. Gaulkan kesemua bahan kecuali telur di dalam satu bekas. Gaul rata dan seimbangkan garam dan lada hitam secukup rasa.
3. Kepalkan adunan, bentukkan bulat dan leperkan sedikit diatasnya.
4. Panaskan minyak di dalam kuali.
5. Celupkan bergedil ke dalam telur yang telah dipukul dan masukkan ke dalam kuali yang panas.
6. Setelah bergedil garing dibahagian bawah, terbalikkan bergedil dan biarkan sehingga warna keemasan. Angkat dan toskan. Sedia untuk dihidangkan.

Nak resepi begedil ayam atau bergedil daging bergantung kepada selera masing-masing. Selamat mencuba! Terima kasih kepada Puan Watie, penyedia resepi sedap ini, thanks!

Resepi Berkaitan

Try rasa & Tambah Ramuan!!