Rendang Daging

Resepi Rendang DagingJuadah popular pada hari raya sama ada daging atau ayam, pasti menyelerakan. Resepi rendang daging, jom try!!

BAHAN-BAHAN

– 3 kg daging lembu dipotong dadu
– Santan dari 3 biji kelapa
– 5 sudu makan kerisik
– Sedikit asam jawa
– 4 helai daun salam
– 4 helai daun kunyit dihiris halus

Bahan kisar
– 300 gram cili kering
– Sedikit cili api (optional)
– 20 ulas bawang merah
– 2 inci lengkuas
– 2 inci halia
– 10 batang serai

 

CARA-CARA

1. Satukan kesemua bahan kisar dan daging didalam kuali. Masak sehingga air daging keluar
2. Apabila air daging dah hampir kering, masukkan santan secara berperingkat sambil dikacau. Buat sebegini hingga santan habis
3. Sementara itu boleh masukkan daun salam dan daun kunyit
4. Perasa garam dan masukkan sedikit asam jawa tadi
5. Bila agak kering santan, campur kerisik tadi sambil dikacau sentiasa
6. Tutup api apabila rendang dah agak2 kering atau boleh dikacau sehingga betul2 kering jika suka…

Selamat mencuba, resipi Kak Jamaliah Ibrahim, https://www.facebook.com/jamaliah.ibrahim

Try rasa & Tambah Ramuan!!