Tilapia Bakar Air Asam @ Sambal Kicap

Tilapia BakarResepi ikan tilapia bakar. Tilapia @ talapia? Antara ikan yang sedap untuk dinikmati dengan cara membakarnya dan mencecahnya bersama air asam atau sambal kicap.

BAHAN-BAHAN

– 1 ekor ikan tilapia
– garam dan kunyit secukup rasa

CARA-CARA

1. Gaulkan garam dan kunyit bersama ikan.
2. Perap seketika, bakar ikan tadi sehingga masak – dapur gas, oven @ dapur arang.

Siap untuk tilapia bakar garam kunyit ringkas seperti di atas. Untuk lebih umpp.. boleh cuba resepi talapia bakar di bawah…

BAHAN-BAHAN

– 1 ekor ikan tilapia
– 4 biji bawang merah
– 3 biji bawang putih
– 3 tangkai cili kering – direndam ke dalam air panas dahulu
– 1/2 inci halia
– 2 batang serai
– garam dan gula secukup rasa
– sedikit air asam jawa

CARA-CARA

1. Kisar semua bahan-bahan di atas bersama air asam jawa.
2. Kemudian lumur pada ikan talapia tadi dan perap seketika @ 1, 2 jam.
3. Kemudian bakar sehingga masak.

Kalau ada madu, boleh tambahkan, tentu lagi sedap rasanya. Seterusnya kita buatkan pencecahnya, resepi air asam @ sambal kicap. (akan dikemaskini)

Resepi Berkaitan

Try rasa & Tambah Ramuan!!