Biskut Popia Nestum

Biskut Popia NestumResepi biskut popia Nestum. Juadah kesukaan ramai, mungkin untuk makan waktu santai-santai atau untuk sambutan hari raya nanti. Biskut popia Nestum yang enak untuk dicuba.

BAHAN-BAHAN

– 1 bungkus popia
– 1/2 cawan Horlicks
– 1/2 cawan gula – kisar halus
– 1 cawan Nestum – kisar halus
– minyak masak
– telur
– lidi sate

CARA-CARA

1. Mulakan dengan gulung kulit popia dengan menggunakan lidi satay, tinggalkan 1-2cm untuk lekatkannya dgn telur. Habiskan kulit popia tadi.
2. Biarkan kulit popia yang telah digulung, tutup dengan kain lembab untuk mengekalkan kelembapan supaya mudah dipotong.
3. Kemudian potong gulungan popia secara serong dengan gunting/pisau jarak 1-2cm atau panjang yang disukai.
4. Selepas itu goreng kulit popia dengan api sederhana sehingga garing. Angkat dan toskan.
5. Apabila sudah sejuk, tabur Horlicks, gula dan Nestum kisar di atas kulit popia tersebut. Gaulkan sehingga semua kulit popia disaluti bahan di atas.
6. Siap dan simpan dalam bekas kedap udara untuk dinikmati nanti!!

Selamat mencuba!!

Try rasa & Tambah Ramuan!!